Selasa, 17 Mei 2011

Imam AsSayuti [ Mujaddid Kurun ke 9]

Nama sebenarnya Abdul Rahman bin Abu Bakar Jalaluddin [As-Sayuti].
Dilahirkan pada 849H di Mesir di satu daerah bernama Asyut.
Berkaitan dengan nama tempat inilah beliau diberi gelaran As-Sayuti
Beliau berada di puncak perjuangannya pada awal kurun ke 9H dan
wafat pada tahun 911H.
Sepanjang hayatnya selama 62 tahun itu Imam AsSayuti berada di
tengah-tengah kemunduran Islam dan umat Islam.
Baghdad sudah hampir 200 tahun dijajah oleh Monggol di bawah pimpinan Hulaghu Khan.
Segala khazanah ilmu pengetahuan dan tamadun Islam habis dimusnahkan.
Ulama-ulama banyak yang dibunuh. Maka umat Islam kucar-kacir dan kacau
bilau di bumi sendiri. Suasana politik sentiasa bergolak, berubah-
ubah dan tidak menentu selama hayatnya.

Masyarakat terbahagi ke dalam
golongan menurut status sosialnya sehingga terjadilah perpecahan di
tengah-tengah masyarakat. Imam Sayuti menyaksikan naik turunnya 13
orang raja yang memerintah Mesir. Semuanya dari keturunan Mamalik
(hamba). Pernah dalam masa setahun Mesir diperintah oleh 3 orang raja.
Dalam keadaan masyarakat yang begitu renggang, pecah belah dan
rosak, politiknya kotor dan huru-hara, namun ilmu pengetahuan
berkembang dengan maju dan jayanya. Keadaan ini terjadinya disebabkan
oleh beberapa faktor:

1. Kerana keganasan Monggol di Timur [ Baghdad] maka ulama-ulama dari sana
berhijrah ke Mesir, Syam dan selatan Maghribi. Begitu juga ulama-
ulama di Barat, turut berhijrah ke sana kerana lari dari kekejaman
Sepanyol.

2. Banyak terbina gedung-gedung ilmu di sekolah-sekolah, di masjid-
masjid, perpustakaan sebelum kerajaan Memalik.

3. Banyaknya harta-harta kebajikan yang diwakafkan untuk para guru
dan pelajar. Wakaf ini dibuat oleh pemerintah, yang kaya, ulama dan
ahli perniagaan yang ingin mencari keredhaan Tuhan.

4. Pengarang-pengarang ghairah menulis kitab-kitab kamus untuk
mengganti Khazanah yang dimusnahkan oleh orang-orang Monggol dan
golongan Salib.

Ditengah gelombang masyarakat yang seperti itu, Imam Sayuti lahir
dan bangun.

Dia berhadapan dengan
agama Islam yang telah dilemahkan oleh Monggol dan Kristian,
dengan politik kacau bilau,
ulama yang lupa daratan,
ahli perniagaan yang korup dan
rakyat yang terhimpit.

Maka untuk menyelesaikan kekusutan ini, Tuhan membekalkan ilmu yang
mengatasi ilmu-ilmu ulama sezamannya dengan ilmu bertaraf Mujtahid
Mutlak. Dengan keupayaan ini Imam Sayuti dapat menyedarkan ulama-
ulama tentang peranan mereka yang sebenarnya dan tentang kelalaian
yang telah menghantui jiwa mereka.

Allah juga menghiaskan diri Imam Sayuti jiwa sufi yang tinggi. Dalam
kitab Al Mizanul Kubra dikatakan bahawa Imam Sayuti pernah bertemu
dengan Rasul SAW secara jaga /yakhazah sebanyak 75 kali. Dengan
pengalaman yang luar biasa itu, raja yang segan dengan ulama, menjadi
lebih takut dan segan dengan Imam Sayuti.

Beliau telah berjaya meniupkan rasa keyakinan dan semangat juang di
hati rakyat Mesir. Imam Sayuti juga diberi kemampuan oleh Tuhan untuk
menulis kitab untuk menggantikan kitab yang dimusnahan oleh Monggol
dan Kristian. Sejak umur 40 tahun hingga wafat, beliau mengurung diri
di rumah untuk menulis. Hasil tulisannya sebanyak 600 buah 
Sumber:http://groups.yahoo.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

 

SUATU KEHORMATAN UNTUK SAYA BAGI ANDA YANG TELAH MELUANGKAN WAKTU MENGUNJUNGI TEMPAT INI

ANEUK LENPIPA

Copyright © 2012 ANEUKLENPIPA by SAER Blogger Templates